Anugerah Kecemerlangan

Anugerah Kecemerlangan
Tahniah diucapkan kepada semua warga Chee Mong ! You are the BEST !!!

Mesyuarat Agung PIBG 2016

日期Tarikh : 07.04.2016 ( 星期四Khamis )
时间Masa : 2.15 pm
地点Tempat :学校图书馆Perpustakaan Sekolah

Program 40 Hari Menjelang UPSR

日期Tarikh : 20.07.2016 ( Rabu )

Monday 23 May 2011

Kursus Profesionalisme Guru Basar & Penolong kanan SJKC Negeri Terengganu



          Satu Kursus Profesionalisme Guru Basar & Penolong kanan SJKC Negeri Terengganu telah diadakan pada 19 - 21 Mei 2011 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang,,Beserah,Kuantan. Program ini diadakan oleh Unit Pengurusan Sekolah Rendah,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu kepada Guru Besar dan GPK dari sepuluh buah SJKC seluruh negeri.

Monday 2 May 2011

Kursus Dalam Perkhidmatan (LADAP) 1/2011 - Window Movie Maker

23 APRIL 2011 (Sabtu) - Guru-guru SJK (C ) Chee Mong memulakan tahun ini dengan lebih semangat bagi meningkat pengetahuan yang ada kaitan dengan profesion perguruan khususnya dalam bidang ICT dengan mengikuti kursus Window Movie Maker di bilik komputer baru-baru ini.Guru-guru telah didedahkan dengan kaedah menggunakan perisian Window Movie Maker.

Kursus kali ini dikendalikan oleh 2 orang fasilitator jemputan : En. Muhammad Abdah Bin Ismail dari PKG Bukit Besi dan En. Ezzuan Bin Ahmad dari PKG Kemasek. Mereka telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan kesungguhan yang tinggi, Guru-guru juga telah memberikan kerjasama dalam menjayakan kursus ini sehingga ia benar-benar telah memberi manfaat kepada semua.

Terima kasih kepada fasilitator dan peserta kursus. Tidak dilupakan juga kepada Pihak BTPN Terengganu yang banyak memberikan sokong kepada pihak sekolah sehingga memberikan kursus kali ini meriah dan berjaya.

Dengan ilmu yang diperolehi diharapkan ianya dimanfaatkan dan terus berusaha meningkatkan kualiti kerja selaras dengan kehendak pendidikan masa kini.

Thursday 21 April 2011

Laporan Hari Perjumpaan Ibubapa Semester 1/2011

Hari perjumpaan Ibubapa Murid tahun 1 hingga 6 dengan Guru-guru telah diadakan secara berperingkat-peringkat pada 29 - 31 MAC 2011. Perjumpaan ini penting bagi membincangkan serta menjelaskan program-program yang akan dijalankan sepanjang tahun bagi meningkatkan kejayaan pelajar SJK (C) Chee Mong.
Terima kasih diucapkan kepada para ibubapa murid yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan memberi komitmen terhadap usaha-usaha pihak sekolah dalam kejayaan anak-anak mereka.

Thursday 24 March 2011

Hari Perjumpaan Ibubapa Semester 1/2011


各位亲爱的家长/监护人 Kepada semua  ibubapa / penjaga :

2011年度第一学期召见家长日
Hari Perjumpaan Ibubapa Semester 1/2011

本校将于以下时间及地点召见一至六年级学生家长及分发三月评审月报表。家长们可借此机会与有关科任老师交流以了解孩子在校的学习情况。
Satu perjumpaan antara guru – ibubapa / penjaga murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diadakan seperti maklumat di bawah :

日期
Tarikh
时间
Masa
年级
Tahun
对象
Pihak yang terlibat
29.03.2011
星期二
Selasa
1.30 pm – 2.30 pm
1
全体一年级家长/监护人
Semua ibubapa/ penjaga Tahun 1
2.45 pm – 3.45 pm
2
全体二年级家长/监护人
Semua ibubapa/ penjaga Tahun 2
30.03.2011
星期三
Rabu
1.30 pm – 2.30 pm
3
全体三年级家长/监护人
Semua ibubapa/ penjaga Tahun 3
2.45 pm – 4.15 pm
5
全体五年级家长/监护人
Semua ibubapa/ penjaga Tahun 5
31.03.2011
星期四
Khamis
1.30 pm – 2.30 pm
4
全体四年级家长/监护人
Semua ibubapa/ penjaga Tahun 4
2.45 pm – 4.15 pm
6
全体六年级家长/监护人
Semua ibubapa/ penjaga Tahun 6

地点Tempat : 播映室 Bilik Tayangan

流程 Agenda
1.    校方简报 Taklimat ringkas dari pengurusan sekolah
2.    分发成绩册 Penyerahan buku kemajuan
3.    家长各别与科任老师交流 Perbincangan bersama guru mata pelajaran

·         请各位家长/监护人亲自出席
Ibubapa / penjaga diwajibkan hadir

Sunday 6 March 2011

Sambutan Maulidur Rasul



        12 Rabiul Awal, Tarikh keramat yang sentiasa diingati oleh umat Islam di seluruh dunia. Kisah kelahiran Jungjungan Nabi Muhammad S.A.W. Sehubungan itu, Pihak Panitia Pendidikan Islam SJK (C) Chee Mong Mencadangkan Satu Program yang bersesuain diadakan untuk membawa pelajar melayu bersama-sama mengambil intipati pengajaran dari peristiwa agung ini.

Objektif:
  1.  Memberi pendedahan mengenai penghayatan peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W kepada para pelajar melayu SJK (C) Chee Mong.
  2. Memcontohi sifat dan budi pekerti mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
  3. Mengamalkan  sunat Nabi dalam kehidupan seharian.
Matlamat:
           Harapan agar para pelajar dapat membina satu peribadi yang unggul dari perspektif akidah, ibadah, kepimpinan dan sebagainnya.

Tarikh : 23 FEB 2011 ( Rabu )
Tempat : Perpustakaan
Masa : 2.15pm - 3.15pm

Tuesday 22 February 2011

Pesta Angpau 2011



Laporan tentang Pesta Angpau Tahun 2011

          Pada 22 Januari 2011, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chee Mong telah mengadakan Pesta Angpau Tahun 2011. Pesta Angpau tahunan ini agak meriah kerana Guru Besar, pengerusi PIBG dan ibu bapa murid sudi hadir untuk bersama-sama meraikan.

         Dengan ini, pelbagai persiapan telah dibuat supaya atur cara Pesta Angpau itu berjalan lancar. Atas kerjasama para guru, mereka dapat menyempurnakan dan menyiapkan segala tugasan yang dibahagikan oleh pengerusi Pesta Angpau ini.

        Tepat pukul 7.30 pagi, murid-murid berbaris mengikut tahun dan berkumpul di dewan. Pada pukul 7.45 pagi, para murid, guru-guru dan para tetamu bersama menyanyi Lagu Negaraku dan Lagu Negeri. Seterusnya, Guru Besar Puan Tan Lee Eng dan Pengerusi PIBG Encik Tey Kok Keong telah menyampaikan ucapan lalu merasmikan pembukaan pesta ini.   

            Pengerusi PIBG, Encik Tey Kok Keong telah memperuntukkan dua buah hamper untuk pertandingan hiasan kelas dan pemberian angpau kepada semua pelajar. Di samping itu, pihak PIBG juga menyumbangkan angpau kepada pemenang dalam pertandingan menulis, kaligrafi, mewarna dan mereka kad Tahun Baru Cina. Dengan ini, En Lai Siew Keong, En Lee Boon Hin, En Tan Boon Sin dan En Chou Chun Sing juga memperuntukkan 35 kotak limau mandarin kepada sekolah.

          Pada pukul 8.15 pagi, pertandingan menulis dan kaligrafi pun bermula. Pertandingan menulis adalah dibahagi kepada para pelajar tahun 1 hingga 3 menyertai di dalam kelas. Di mana, pertandingan kaligrafi bagi para pelajar tahun 4 hingga 6 berada di dalam dewan. Selepas pertandingan menulis dan kaligrafi, persembahan pelajar pun bermula pada 9.20 pagi.

            Selepas persembahan dan waktu rehat pelajar, pertandingan mewarna dan mereka kad Tahun Baru Cina pun bermula pada pukul 10.45 pagi. Pelajar bagi tahun 1 hingga 3 adalah menyertai pertandingan mewarna, di mana pelajar tahun 4 hingga 6 adalah menyertai pertandingan mereka kad Tahun Baru Cina. Kedua-dua aktiviti adalah dijalankan dalam kelas masing-masing.

          Pada pukul 12.15 tengah hari, semua acara pertandingan pun tamat. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan. Guru Besar, Pengerusi PIBG, ahli-ahli PIBG dan Penolong Kanan Guru Besar telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  Pemenang-pemenang adalah seperti jadual berikut:
Acara
Pemenang
  1. Pertandingan hiasan kelas
Tahap 1- Kelas Tahun 1
Tahap 2- Kelas Tahun 6

  1. Pertandingan menulis
Tahun 1
1. Yeo Yen Jie
2. Lau Yee Ern
3. Muhammad Syaqeer Irfan
4. Lee Kai Yan
5. Ong Wei Yi

Tahun 2
1. Goh Aik Lun
2. Nur Naimi Adriana Bt Muhamad Maulana
3. Lee Hor Qiu
4. Phuah Chun Heng
5. Nur Shahidah Bt Suhud

Tahun 3
1. Nur Adryana Elisa Choo
2. Chong Yin Xin
3. Yeo Yen Xin
4. Tan Zhi Xin
5. Muhammad Haiqal Danial

  1. Pertandingan kaligrafi
Tahun 4
1. Loh Wei Zhi
2. Kerry Tan Ing Wei
3. Phuah Ka Aik
4. Tang Wilson
5. Goh Aik Seng

Tahun 5
1. Fu Jee Yong
2. Lee Ting Ting
3. Phuah Jia Yi
4. Yap Chien Jeen
5. Yeo Woon Chin

Tahun 6
1. Chou Hui Jing
2. Tan Pei Zhi
3. Wang Bai Yuan
4. Noor Aqilah
5. Tan Chi Shen

  1. Pertandingan mewarna
Tahun 1
1. Yeo Yen Jie
2. Chou Chian Sian
3. Tan Xiao Xuan
4. Fatima Yazmeen
5. Lau Yee Ern


Tahun 2
1. Lee Hor Qiu
2. Nur Naimi Adriana Bt Muhamad Maulana
3. Goh Aik Lun
4. Nur Aifa Alia Zafirah Bt Abdul Fatah
5. Nur Shahidah Bt Suhud

Tahun 3
1. Chong Yin Xin
2. Yeo Yen Xin
3. Tan Pei En
4. Hiew Jia Jing
5. Nur Adryana Elisa Choo

  1. Pertandingan mereka kad Tahun Baru Cina
Tahun 4
1. Lee Ping Ping
2. Phuah Ka Aik
3. Loh Wei Zhi
4. Kerry Tan Ing Wei
5. Sany Tan Suet Nie

Tahun 5
1. Fu Jee Yong
2. Karen Jang Chin Yin
3. Lee Sang Zhe
4. Phuah Jia Yi
5. Lee Ting Ting

Tahun 6
1. Tan Chi Shen
2. Chou Hui Jing
3. Tan Pei Zhi
4. Chou Chun Sian
5. Noor Aqilah


            Akhirnya, Pesta Angpau pun tamat dan bersurai pada pukul 12.45 tengah hari. Guru Besar melakukan upacara perasmian penutup Pesta Angpau tahun 2011 ini. Pesta Angpau pada tahun ini amat meriah. Kesempurnaan Pesta Angpau ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak iaitu guru, pihak PIBG, pelajar dan ibu bapa.

Sunday 20 February 2011

Gotong Royong



Satu Program gotong royong telah diadakan pada 19 FEB 2011 (Sabtu).Program ini disertai oleh semua guru dan pelajar tahun3 - 6. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengemaskini bilik-bilik Khas. Disamping itu, program ini akan menggalakkan pelajar bekerjasama antara satu sama lain dalam menjaga kebersihan sekolah. Selain daripada itu, program ini juga dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan.